JiKa KeJaHaTaN DiBaLaS KeJaHaTan, MaKa iTu aDaLaH DenDaM. JiKa KeBaiKan DiBaLas KeBaiKaN, iTu aDaLaH pErKaRa BiaSa. JiKa KeBaiKaN DiBaLaS KeJaHaTaN, iTu aDaLaH ZaLiM. TaPi JiKa KeJaHaTaN DiBaLaS KeBaiKaN, iTu aDaLah MuLia & TerPuJi....

TIME~

Calendar

ToTaL PaGeviEwS

Tuesday, 4 October 2011

7 KALIMAT YANG HARUS DIBIASAKAN

Tujuh kalimat yg harus dbiasakan.

1.Bismillahirrahmanirrahiim :)
Setiap kali hendak melakukan sesuatu.

... 2.Alhamdulillah :)
Setiap kali habis melakukan sesuatu.

3.Astaghfirullah :)
jika melakukan sesuatu yg buruk.

4.Insya Allah :)
jika ingin melakukan sesuatu pada masa yang akan datang.

5.Laa hawla walaaquwwata illaah billaah :)
bila tidak bisa melakukan sesuatu yang agak berat/melihat hal yang buruk.

6.Innalillahi wainna ilaihi rojiun :)
jika melihat/menghadapi musibah.

7.Lailaha illallah :)
bacalah siang & malam sebanyak2nya.

Ada 2 (dua) pilihan untuk anda :)

1. Biarkan didalam sms anda tanpa bermanfaat untuk org lain.
2. Anda sebarkan pada semua kenalan anda.

Rasulullah bersabda :)

"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yg mengamalkan, maka walaupun yang
menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala..

WAJAH MAYAT BERTUKAR MENJADI HIMAR

"Dalam terik panas mentari yang memancar menyinari tanah Baitul Haram, seorang ulama zuhud yang bernama Muhammad Abdullah al-Mubarak keluar dari rumahnya untuk menunaikan ibadah haji. Di sana dia leka melihat seorang pemuda yang asyik membaca selawat dalam keadaan ihram. Malah di Padang Arafah dan di Mina pemuda tersebut hanya membasahkan lidahnya dengan selawat ke atas Nabi. "Hai saudara," tegur Abdullah kepada pemuda tersebut. "Setiap tempat ada bacaannya tersendiri. Kenapa saudara tidak membanyakkan doa dan solat sedangkan itu yang lebih dituntut? Saya lihat saudara asyik membaca selawat saja."

"Saya ada alasan tersendiri," jawab pemuda itu. "Saya meninggalkan Khurasan, tanahair saya untuk menunaikan haji bersama ayah saya. Apabila kami sampai di Kufah, tiba-tiba ayah saya sakit kuat. Dia telah menghembuskan nafas terakhir di hadapan saya sendiri. Dengan kain sarung yang ada, saya tutup mukanya. Malangnya, apabila saya membuka semula kain tersebut, rupa ayah saya telah bertukar menjadi himar. Saya malu. Bagaimana saya mahu memberitahu orang tentang kematian ayah saya sedangkan wajahnya begitu hodoh sekali?

"Saya terduduk di sisi mayat ayah saya dalam keadaan kebingungan. Akhirnya saya tertidur dan bermimpi. Dalam mimpi itu saya melihat seorang pemuda yang tampan dan baik akhlaknya. Pemuda itu memakai tutup muka. Dia lantas membuka penutup mukanya apabila melihat saya dan berkata, "Mengapa kamu susah hati dengan apa yang telah berlaku?" "Maka saya menjawab, "Bagaimana saya tidak susah hati sedangkan dialah orang yang paling saya sayangi?"

"Pemuda itu pun mendekati ayah saya dan mengusap wajahnya sehingga ayah saya berubah wajahnya menjadi seperti sediakala. Saya segera mendekati ayah dan melihat ada cahaya dari wajahnya seperti bulan yang baru terbit pada malam bulan purnama. "Engkau siapa?" tanya saya kepada pemuda yang baik hati itu. "Saya yang terpilih (Muhammad)." "Saya lantas memegang jarinya dan berkata, "Wahai tuan, beritahulah saya, mengapa peristiwa ini boleh terjadi?"

"Sebenarnya ayahmu seorang pemakan harta riba. Allah telah menetapkan agar orang yang memakan harta riba akan ditukar wajahnya menjadi himar di dunia dan di akhirat. Allah telah menjatuhkan hukuman itu di dunia dan tidak di akhirat. "Semasa hayatnya juga ayahmu seorang yang istiqamah mengamalkan selawat sebanyak seratus kali sebelum tidur. Maka ketika semua amalan umatku ditontonkan, malaikat telah memberi tahu keadaan ayahmu kepadaku. Aku telah memohon kepada Allah agar Dia mengizinkan aku memberi syafaat kepada ayahmu. Dan inilah aku datang untuk memulihkan semula keadaan ayahmu.""

RASULULLAH SAW DENGAN SEBIJI LIMAU

"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya." Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

Monday, 3 October 2011

KETAKUTAN NABI MUHAMMAD SAW SEWAKTU RIBUT


Telah berkata Aishah r.a.hu apabila angin ribut yang membawa awan hitam bertiup,wajah Nabi Muhammad s.a.w. kelihatan pucat kerana takutkan Allah s.w.t.Baginda s.a.w. keluar masuk dalam keadaan gelisah sambil membaca doa berikut yang maksud: "Wahai Tuhanku, aku memohon kepadaMu kebajikan angin ini dan kebajikan yang ada didalamnya dan kebajikan apa yang Engkau kirim dengannya dan aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan yang Engkau kirimkan dengannya."
                        Kata Aishah lagi: "Apabila hujan mulai turun terbayang tanda-tanda kesukaan diwajah Nabi Muhammad s.a.w. Aku bertanya kepadanya: "Ya Rasulullah, apabila kelihatan semua orang merasa suka kerana yang demikian menandakan hujan akan turun tetapi mengapa aku melihat kamu pula berasa cemas?" Baginda s.a.w.menjawab. "Ya Aishah, bagaimana aku dapat menentukan bahawa angin yang bakal mendatang itu tidak menandakan kemurkaan Allah s.w.t.? Kaum A'ad telah dihapus oleh angin. Mereka berasa gembira apabila melihat awan-awan hitam tetapi bukannya hujan yang dibawa bahkan pembinasaan mereka sendiri."
                        "Maka takkala mereka melihat (ancaman) itu sebagai awan menghadap kelembah-lembah mereka, mereka berkata"Ini awan yang akan menurunkan hujan keatas kita." "Bukan! bahkan ialah ancaman yang kamu mintaya disegerakan iaitu angin yang didalamnya azab yang pedih- yang binasakan tiap-tiap suatu dengan perintahnya, sehingga jadilah mereka tidak kelihatan melainkan tempat-tempat mereka. Demikianlah kami balas kaum yang derhaka."
                        Tuhan telah berjanji melalui sepotong ayat dalam SURAH AN-ANFAL yang Dia tidak akan mengazabkan manusia selagi Nabi Muhammad s.a.w. ada bersama-sama mereka. Dalam pada itu pun tiap-tiap kali angin kencang bertiup Nabi Muhammad s.a.w. tetap merasa takut. Bandingkan pula perasaan Baginda s.a.w. dengan perasaan kita apabila kilat memancar ataupun banjir berlaku. Yang takut segelintir sahaja. Merekalah yang mengucap Istighfar. Yang lain sibuk dengan keseronokkan hidup masing-masing.

SOLAT TAHIYYATUL MASJID


1. Dari Abu Qatadah As Salami r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seseorang kamu masuk masjid hendaklah solat dua rakaat* sebelum duduk” Hadis Sahih Bukhari (Hadis no: 255)  

Maksudnya Solat tahiyyatul masjid

2. Dari Abu Hurairah r.a , dari Nabi SAW bersabda:” Solat berjemaah lebih banyak nilainya dari 25 kali ganda daripada daripada solat di rumah atau di pasar (tempat berkerja) .Sesungguhnya apabila kamu berwuduk dengan sempurna kemudian dia datang ke masjid dengan niat semata-mata untuk solat, maka setiap kali melangkah walaupun selangkah, Allah menaikkannya satu darjat dan menghapuskan kesalahannya sehingga dia masuk ke masjid. Apabila dia telah masuk, maka selama ia mengerjakan solat bahkan selama ia masih berada di tempat duduknya di masjid itu, malaikat senantiasa mendoakan baginya selama ia belum berhadas, “ Wahai Allah, Ampunilah dia dan kasihilah dia”. Hadis Sahih Bukhari (Hadis No. 284)  

3. Dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah SAW bersabda: “ Malaikat mendoakan untuk seseorang kamu selama ia masih berada di dalam Musolla (tempat solat) dimana ia melakukan solat dan selama ia belum berhadas. Kata malaikat: “ Ya Allah, Ampunilah dia dan turunkanlah rahmat-Mu kepadanya”. Hadis Sahih Bukhari (Hadis No 256)

Ketiga-tiga hadis dinyatakan diatas jelas sekali menunjukkan kepada kita semua betapa hebat dan besarnya pahalan kita mengerjakan solat berjemaah. Kita sering kali mencari alasan untuk bersolat bersendirian. Mungkin kerana nak cepat sudah?

Jika kita boleh bayangkan, kita berada di padang Mahsyar Allah dan Allah perlihatkan kepada kita setiap solat yang kita jalankan hanya sia-sia, bayangkan azab yang kita terima. Cukup sakit. Matahari sejengkal. Bayangkan juga solat datang pada kita dan berkata “ Kau menyia-nyiakan aku, kau kata, kau sudah solat, sebenarnya kau TIDAK solat! Fikiranmu entah ke mana….Lalu orang itu diseksa. Berbaloikan solat sendirian jika nak cepat?

1 pahala dibandingkan dengan 25 pahala solat jemaah. Mana yang anda mahu? Jika soalan ini ditujukan kepada kanak-kanak...mana mahu rm25 dan rm1. Pasti jawapan mereka RM25. Tapi kenapa ramai yang tidak mahu? Tak lain tak bukan, sebab tidak Nampak pahala itu. Namun sahabatku percayalah , Pahala dan dosa itu ada.

Marilah kita sama-sama meriahkan surau kita ini. Bacalah selalu untuk memeberi semangat pada kita warga KOTA untuk mendekatkan diri pada Allah dan sebarkanlah.

JIKA ALLAH MENGHENDAKI KITA MULIA, PASTI DIGERAKKAN HATI KITA UNTUK MENUJU KE TEMPAT SOLAT

Thursday, 1 September 2011

KEMENANGAN PERANG BADAR KETIKA BULAN PUASA


17 RAMADHAN TAHUN 2H/642M telah menyaksikan tercetusnya perang Badar antara orang Islam Madinah dengan kaum Musyrikin. Berdasarkan sejarah, ia merupakan peperangan pertama yang disertai Rasulullah SAW. Pertempuran ini dipanggil sebagai Perang Badar kerana ia berlaku di pinggir sebuah telaga yang terletak di antara Makkah dengan Madinah.

Sebelum perang tercetus, kaum Musyrikin Mekah di bawah pimpinan Abu Sufyan bin Harb telah membawa satu kafilah perdagangan dari Syam ke Makkah. Hal tersebut kemudiannya diketahui umat Islam. Berikutan makluman itu, Nabi Muhammad SAW menghantar sepasukan tentera yang terdiri daripada 238 orang ANSAR dan 86 MUHAJIRIN. Sebaik sahaja mengetahui kehadiran tentera Islam, Abu Sufyan segera meminta bantuan dari Makkah.

Seramai 1000 orang TENTERA dihantar untuk membantu Abu Sufyan. Pasukan ini dipimpin sendiri oleh Abu Jahal. Sebelum perang sengit bermula, pertempuran terlebih dahulu berlaku antara tiga wakil pasukan Islam iaitu Ali bin Abi Talib, Hamzah bin Abd Muttalib dan Ubaydah dengan al-Walid, ‘Utbah dan Shaybah yang merupakan wakil pihak lawan. Dalam pertempuran tersebut, al-Walid, ‘Utbah dan Shaybah berjaya dikalahkan.

Selain mereka, seramai 67 orang lagi tentera Musyrikin terbunuh dalam perang tersebut termasuk Abu Jahal. Manakala askar Islam yang syahid adalah seramai 14 orang. Selain banyak yang terkorban, askar daripada pihak lawan juga ramai yang Berjaya ditawan. Untuk bebas, mereka dikenakan wang tebusan mengikut kadar kemampuan masing-masing.
Kejayaan yang diraih oleh tentera Islam benar-benar membanggakan, apatah lagi dengan bilangan askar yang kecil. Bagaimanapun, ia nyata tidak disenangi oleh orang Yahudi di Madinah dan Musyrikin di Makkah.

Wednesday, 31 August 2011

KISAH MATI ORANG YANG BERIMAN

Meninggal Dunia Ketika Lepas Solat Asar
Ustaz (di sini saya namakan Ustaz M) yang diamanahkan untuk mengendalikan kursus jenazah ini sudah berpengalaman hampir 10 tahun dalam mengendalikan urusan mandi jenazah di sekitar Lembah Kelang dan Malaysia . Beliau amat terkenal dikalangan jemaah masjid di sekitar lembah Kelang ini. Malah beliau juga selalu berulang-alik ke merata negeri seperti pantai timur semenanjung dan utara selatan untuk menguruskan mana-mana jenazah yang dibawa ke masjid yang memerlukan khidmat tangan beliau.
Saya nak mulakan kisah ini dengan kisah yang pertama.
Kisah ini berlaku pada seorang imam di selatan KL yang meninggal dunia ketika lepas solat Asar.

Imam tersebut meghembus nafasnya yang terakhir sebaik sahaja selesai memberi salam yang pertama.
Subhanallah! Matinya dalam keadaan yang amat murni. Murni di sini maksud saya, matinya bukan dalam keadaan berbuat maksiat pada Allah SWT. Mati ketika habis solat dan masih di atas tikar sejadah dan sedang beribadah!
Jenazahnya telah di bawa ke hospital X untuk urusan pemeriksaan rutin (medical check-up) dan urusan-urusan l ain yang perlu untuk pengurusan pengkebumian.
Pihak hospital X telah memanggil ustaz M untuk urusan mandian jenazah. Maka bergegaslah ustaz M ke hospital untuk urusan tersebut sebab bagi beliau, jenazah yang hendak dimandikan ini begitu istimewa pada pandangannya, kerana roh si mati telah dicabut oleh malaikat Izrael ketika mana sedang mengimami solat!
Sebaik sampai di hospital, ada sedikit masalah yang timbul. Pihak hospital telah mendapati bahawa jenazah imam tersebut tidak mempunyai sebarang pengenalan diri, dan pihak hospital atas bantuan rakan-rakan jenazah mendapat tahu, jenazah imam ini adalah meupakan orang luar. Maknanya seorang imigran, yang bermastautin di negara kita.
Rentetan daripada kes ini, pihak hospital X terpaksalah menyimpan dahulu jenazah tersebut untuk beberapa hari bagi urusan dokumentasi dengan pihak berwajib sehinga selesai dan kemudian itu barulah segala urusan yang berkaitan pengebumian akan dilaksanakan. Yang pasti terkilannya sudah tentu ustaz M. Kerjanya sudah sedikit terbantut pada hari itu. Sebelum itu, hatinya sudah pun begitu berbunga untuk menguruskan jenazah imam yang dimuliakan Allah SWT ini. Tentu ada kelebihan tersendiri kenapa imam tersebut pengakhiran rohnya di atas tikar sejadah!
Maka, jenazah imam tersebut pun dimasukkanlah ke dalam 'freezer' (maaf, saya tak tahu apa istilah pembeku mayat ini) di dalam bilik mayat hospital X buat sementara waktu.
Lapan hari berlalu. Ustaz M dah mula nak melupakan pasal jenazah imam ini.
Tapi, dengan takdir Allah SWT, hari ke-9, telefon bimbit ustaz M berbunyi.
"Nampak macam no hospital nie", getus hati ustaz M.
"Hello, ustaz M ye?". satu suara bertanya.
"Ya, ustaz M bercakap".
"Ustaz ingat lagi tak mayat imam yang meninggal masa solat Asar tempohari?", sang suara meminta kepastian.
"Imam.imam. .yanng mana satu..ermm. .oh.ya. .ya..ingat. .ingat. ", ustaz M memberi kepastian dalam ingat-ingat lupanya.
"Dokumen dah siap, boleh ustaz datang sepital, uruskan tak?", beritahu sang suara ringkas.
"Ok..ok., sekarang juga aku bergerak, setengah jam lagi aku sampai! ",
balas ustaz M.
Lega hati ustaz M. Dapat juga dia uruskan mayat tersebut setelah beberapa hari 'pending'. Ingatkan dah tak jadi apa-apa dah. Lama bebenor pihak hospital nak mengurus kan dokumennya.
Sampai di hospital, ustaz M yang baru tiba diarahkan ke bilik mayat. Di bilik mayat telah ada beberapa orang saksi di kalangan pegawai hospital dan juga polis serta saksi-saksi l ain termasuk rakan-rakan jenazah imam tersebut. Semua saksi ini diperlukan kerana inilah 'prosedur' yang telah ditetap oleh pihak berwajib. Sebab jenazah dah berhari-hari di situ. Tambahan pula jenazah orang luar.
Bismillahir Rohmaanir Rohiim.. Dengan bersaksikan mata sekeliling yang memandang, ustaz M menarik 'stretcher ' peti sejuk beku mayat tersebut dengan perlahan-lahan. ..
Subhanallah! Mayat imam ini masih lagi segar merah. Mayat ini juga berpeluh! Macam mana simpan dalam peti ais berhari-hari boleh berpeluh?
Korang tak payah jawablerrr.. ..Seolah- olah imam ni baru aje meninggal sebentar tadi. Mayatnya tidak keras dan tidak pula membeku! Macam orang sedang tidur. Ustaz M kelu lidahnya. Begitu juga orang di sekeliling.
Istimewa sungguh mayat ini. Kalau daging mayat biasa dah lama mengeras dan membeku. Masya-Allah! Sekali lagi perkara pelik berlaku.terdapat pula pada dahi jenazah imam ini, tertera satu kalimah tauhid iaitu perkataan "ALLAH"!
Semua orang di sekitar dapat menyaksikan peristiwa ini. Tiada perkataan l ain yang keluar dari mulut mereka mel ain kan tasbih memuji Allah SWT meniti di bibir masing-masing di atas apa yang berlaku.
Semakin bersemangatlah nampaknya ustaz M nak menguruskan jenazah tersebut. Yerlah, siapa yang tak suka pada sesuatu yang molek dan membahgiakan kan ?..
Jenazah imam itu dimandi, dikapan dan disembahyangkan dengan segera sebagaimana biasa. Semua proses ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Semuanya berjalan amat mudah. Allah SWT telah pun memuliakan jenazah imam ini di dunia lagi atas jasa-jasa dia yang Allah SWT sahaja yang mengetahuinya.
Mengikut ustaz M lagi, lepas semua tu selesai, dia ada juga bertanya pada rakan-rakan Allahyarham apa yang diamalkan oleh Allahyarham semasa hidup sehingga mendapat pengiktirafan yang begitu tinggi daripada Allah SWT masa kematiaanya.
Jawapan yang didapati daripada rakan-rakannya ialah sel ain daripada seorang yang berbudi pekerti mulia dan seorang imam yang baik, amalan semasa hidupnya ialah tidak pernah tinggal bangun malam dan bersolat tahajjud. Semua amalan ini dilakukkanya secara istiqamah. Ditambah pula oleh amalan-amalan l ain yang tidak dapat dilihat oleh rakan-rakan arwah, yang mana hanya Allah SWT sahaja Yang Maha Mengetahuinya.
jenazah
MENINGGAL KETIKA BACA KHUTBAH JUMAAT
Ustaz M pada kursus hari kedua telah bercerita tentang seorang imam yang meninggal ketika sedang membaca khutbah pada solat Jumaat.
Kursus hari kedua ni bermula jam 9.15 pagi. Sebelum memulakan kursus, ada jemaah yang kelihatan sedang mendaftar semula kat meja pengelola, ada jemaah yang mundar mandir sambil menunggu ketibaan Ustaz M, ada yang solat sunat Dhuha. Ada yang duduk2 berborak dan berkenalan antara satu l ain dan ada yang nampak berzikir. Maklumlah yang datang kursus ni bukannya sedikit. Hampir 180 orang kesemuanya. Ustaz M cakap, inilah kursus pengurusan jenazah yang paling ramai yang dia kendalikan. Sebelum ni, paling ramai pun yang berkursus adalah dalam lingkungan 50 - 60 orang sahaja. Luar biasa ram ain ya, puji beliau.
Ustaz memulakan kursus dengan sedikit ucapan alu-aluan. Kemudian, dia ada menyentuh sikit tentang solat sunat Dhuna. Sebab sebelum tu ramai juga jemaah yang solat sunat Dhuha. Solat sunat Tahiyyatul-Masjid sudah pasti. Meneyentuh tentang solat sunat dhuha ni, Ustaz M memulakan cerita.
Berlaku di sebuah masjid di selatan ibu Kota Kuala Lumpur . Masa tu, hari
Jumaat. Solat JUmaat sudah dimulakan pabila bilal melaungkan azan dan
sejurus kemudian imam naik ke mimbar untuk mula membaca khutbah.
Imam kali ini ialah seorang pemuda yang berusia 28 tahun. Muda lagi. Dan sudah berkahwin. Jemaah di situ memang sudah arif sangat dengan imam ini.
Imam ini memulakan khutbahnya. Sampai pada perkataan, "Uusyikom Bitaqawallah, Waihyaa... ... ... .". Tiba-tiba imam ini terdiam..
Semua para jemaah diam (memang dengar khutbah kena diam pun) dan hanya memerhati sahaja ke arah imam. Semua mata tertumpu kepadanya.
Imam masih lagi senyap. Matanya terpejam rapat. Tidak bergerak. Suasana hening seketika. Kedengaran sekali sekala bunyi enjin kenderaan motor keluar-masuk kawasan masjid menandakan ada jemaah yang baru tiba. Mana yang tengah berwudhu' nampak tidak berapa ambil pusing dengan apa yang sedang berlaku di atas mimbar. Di satu sudut masjid pula, kelihatan jemaah yang tak mendengar khutbah, leka mengunyah pisang emas dan pisang montel yang disedekah oleh orang ramai. Ambil berkat gamaknya.
Tiba-tiba tangan imam yang sedang memegang kayu mimbar, melurut ke bawah, dan beliau pun jatuh terduduk di atas kerusi khatib. Kepalanya terlentuk ke bawah. Makmum yang masih tergamam dengan peristiwa ini, segera bangun untuk melihat apa yang terjadi. Bilal menerpa ke arah imam dan ingin membantu serta menolong jika sesuatu yang buruk berlaku kepada khatib.
Imam (khatib) dipapah turun dan diletak di hadapan para jemaaah di saf
hadapan. Setelah diperiksa oleh bilal, tiada perkataan l ain yang boleh
diucapkan selepas itu mel ain kan, "Innalillahi w ain na Ilaihi roojiuun." .
Kembalinya ke rahmatullah seorang imam yang amat berjasa pada masyarakat setempat. ada makmu yang masih terkejut dengan peristiwa ini. Ada juga yang menitiskan air mata tanda terharu. Hilang sudah sebutir permata yang baru nak berkembang mekar. Hilang juga satu cahaya yang menerangi alam yang fana ini.
Yang uniknya kata ustaz M, sewaktu imam itu menghembuskan nafas terakhirnya, jatuhnya betul-betul di atas kerusi yang berada di belakangnya dan terus sahaja duduk. Tidak jatuh tersungkur ke depan, dan tidak juga jatuh sama ada ke kiri atau ke kanan mimbar. Elok sangat duduk atas kerusi khatib, sama seperti beliau duduk sebelum memulakan bacaan khutbah tadi.dan pada masa ini juga, dipercayai, imam tersebut telah pun meninggal dunia..Jenazah pun dibawa balik untuk diuruskan.
Ustaz M pun dipanggil untuk menguruskan jenazah ini.
Sebaik k ain penutup mayat diselak untuk memulakan proses mandian jenazah, ustaz M begitu terkejut bercampur terharu yang amat sangat bila melihat beberapa kejadian mengkagumkan berlaku pada mayat. Apa yang terharu dan peliknya?. .
Ya,
Badannya jenazah itu amat berseri dan masih nampak kelihatan darah masih mengalir lagi pada seluruh tubuhnya. Seolah-olah jenazah ini masih hidup. Tidak mati gitu. Macam orang tidur aje. Dan yang lebih mengkagumkan ustaz M lagi, keluarnya satu haruman yang semerbak dari badan jenazah. Wangi sungguh! Tak pernah ustaz M mencium bau wangian sebegini rupa selama dia menguruskan jenazah l ain sebelum ini! Hebat mayat ni, fikir ustaz M.
Subhanallah!
Hati ustaz M begitu melonjak girang untuk meneruskan memandikan jenazah imam sehingga selesai. Hati kecilnya berdoa ;
"Ya Allah! Engkau Maha Mulia! Engkau telah memuliakan mayat ini, maka
muliakanlah ia sehingga aku selesai memandikannya. Aku begitu seronok
melihat jenazah dalam berkeaadan begini. Ya Allah.Ya Allah..Ya
Allah... .."
Rupanya-rupanya kemuliaan jenazah imam ini tidak berakhir di situ. Doa
ustaz M dimakbul Allah SWT. Menurut ustaz M lagi, sewaktu jenazah imam ini nak ditanam ke dalam liang lahad, sahabat-sahabat yang menggali kubur memberitahu, muncul pula pelbagai jenis bunga-bungaan yang datang entah dari mana, turut berada di dalamnya . Masa gali tadi takde. Elok aje mayat sampai, banyak pula munculnya. Cantik sungguh liang lahad dengan dihiasi bunga-bungaan tersebut, seolah-olah sedang meraikan dan menanti kedatangan bakal penghuni syurga!
SUBHANALLAH! SUBHANALLAH!
Tak tau apa lagi nak cakap betapa Allah SWT telah pun meletakkan hamba-Nya ini di maqam tertinggi dan dimuliakan Tambahan pula, ianya sudah pun dipertontonkan pada umat Islam l ain , agar memahami dan menegerti bahawa inilah balasannya. pada orang yang beramal soleh serta taat dan patuh pada perintah-Nya! Sesungguhnya Allah itu tidak memungkiri janji-NYa!
Seperti biasalah, ustaz M pasti tak akan puas hati kalau tak bertanya pada isteri yang dimuliakan Allah imam tersebut tentang apakah amalan si arwah pada masa hidup sehinggakan jenazahnya mendapat pengikhtirafan sebegitu rupa sejak dari alam dunia lagi.
Menurut kata isteri arwah imam tersebut, sepanjang dia hidup bersamalah, perkara yang dia perasan, amalan imam itu semasa hayatnya kalaulah ia boleh dijadikan ukuran, ialah tidak pernah meninggalkan solat sunat Dhuha dan solat sunat Witir.
Inilah amalan istiqamahnya. Setiap malam, sebelum arwah menutup dairi
kehidupannya hari itu dan tidur, pasti dia akan menunaikan solat witir.
Setiap hari, sehinggalah ke pengakhiran hayatnya, ditambah pula oleh
amalan-amalan l ain yang dilakukan sebagai seorang yang menjawat jawatan sebagai seorang imam untuk kawasan tersebut.
Wallahua'lam.

"Sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam" yang didoakan oleh Nabi Yusuf dalam Surah Yusuf, ayat 101 yang berikut:
[101] "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku sebahagian dari kekuasaan (pemerintahan) dan mengajarku sebahagian dari ilmu tafsiran mimpi. Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh".

SEBARKAN PADA YANG LAIN...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...