JiKa KeJaHaTaN DiBaLaS KeJaHaTan, MaKa iTu aDaLaH DenDaM. JiKa KeBaiKan DiBaLas KeBaiKaN, iTu aDaLaH pErKaRa BiaSa. JiKa KeBaiKaN DiBaLaS KeJaHaTaN, iTu aDaLaH ZaLiM. TaPi JiKa KeJaHaTaN DiBaLaS KeBaiKaN, iTu aDaLah MuLia & TerPuJi....

TIME~

Calendar

ToTaL PaGeviEwS

Thursday 6 October 2011

KETELITIAN NABI MUHAMMAD SAW

tentu sahaja Zaid bin Arqam tidak dapat menerima dakwaan Abdullah bin Ubay sebagai gurauan kerana beliau mendengar sendiri betapa bapa munafik itu menabur duri-duri fitnah yang berapi sedangkan muhajirin  dan ansar sudah mula berbaik-baik semula atas soal yang sedikit itu. lalu Zaid mengadu perbuatan Abdullah kepada Rasulullah SAW supaya baginda mengambil tindakan terhadap musuh dalam selimut itu. aduan Zaid itu turut menyebabkan Umar bin Khattab marah membuak-buak hingga mahu membunuh Abdullah. namun Rasulullah SAW tidak mahu terburu-buru. malah baginda menguji akan kebenaran aduan Zaid kerana bimbang mungkin yang berlaku hanya satu salah faham. ''barangkali kamu yang marah-marah Ibnu Ubay atau kamu yang salah dengar?'' kata baginda. ''demi ALLAH ya Rasulullah SAW sungguh saya mendengarnya berkata begitu. tidak ada sebab saya hendak memarahi Abdullah kecuali dia yang telah menyebabkan saya sangat marah selepas mendengar dia mengeluarkan kata-kata fitnah itu.'' tegas Zaid. saat itu juga Zaid sangat berharap dan berdoa supaya ALLAH menurunkan wahyu bagi membenarkan segala apa yang beliau adukan kepada Rasulullah SAW itu. Umar pula berkali-kali meminta kebenaran baginda untuk membunuh Abdullah yang pandai bermuka-muka itu. namun baginda tetap berpendirian tidak mengambil tindakan secara terburu-buru sehingga baginda sendiri bertemu dengan Abdullah. ketika bertemu baginda bertanya: ''wahai Abdullah, sekiranya kamu terlanjur berkata sebagaimana yang saya dengar, bertaubatlah kamu kepada ALLAH. sekiranya tidak hendaklah kamu menunjukkan kebenaran kamu dengan bersumpah kepada ALLAH. ''yang demikian itu bagi menunjukkan yang kamu tidak berkata seperti yang dikatakan oleh Zaid kepadaku''. sesuai dengan gelarannya bapa munafik, Abdullah terus berbohong. dia berkata: '' demi zat yang sudah menurunkan kitab ke atas tuan, wahai Muhammad SAW, sungguh saya tidak berkata seperti yang dikatankan oleh si Zaid. kerana sesungguhnya Zaidlah yang berdusta kepada tuan. dusta kepada kita semua.'' sungguh malang nasib Zaid, sudahlah aduannya tidak dapat diterima oleh Rasulullah SAW ditambah Abdullah pula sanggup bersumpah atas nama ALLAH. memburukkan keadaan, ahli keluarganya mencari sendiri menuduhnya sengaja mencari kemarahan Rasulullah SAW. tetapi Zaid tetap mempertahankan dirinya. ''demi ALLAH! aku benar-benar mendengarkan kata-kata fitnah lagi dusta daripada mulut Abdullah bin Ubay. ''sekalipun yang berkata jahat seperti itu datangnya dari mulut bapaku sendri, tetap aku adukan juga kepada baginda,'' ujarnya tegas. walaupun Zaid berasa sedikit kecewa dengan nasib yang menimpanya tetapi beliau yakin kebenaran akan terserlah juga pada suatu hari nanti. namun seperkara yang sangat menarik, tidak sahaja para sahabat dan umat Islam yang lain semakin tidak berpuas hati dengan tindak tanduk Abdullah yang munafik itu, malah anaknya sendiri sangat malu dengan perlakuan bapanya itu. sebagai seorang yang taat kepada ALLAH dan RasulNya, khubab anak lelaki Abdullah menawarkan diri kepada Rasulullah SAW untuk membunuh bapanya kerana beliau sedar kata-kata bapanya kerana beliau sedar kata-kata bapanya adalah satu cubaan jahat untuk menjatuhkan Islam. baginya,  kata-kata fitnah itu juga mrupakan senjata, walaupun tidak nampak bentuk dan tajamnya tetapi mampu untuk membunuh sebarang kehidupan di muka bumi. sebagaimana Umar Al-Khattab, Khubab juga berulang-alik menemui Rasulullah untuk mendapatkan kebenaran membunuh bapanya sendiri. ''ya Rasulullah, saya sudah mendengar berita tuan hendak membunuh bapa saya. ''sekiranya benar, saya minta tuan perintahkan saja kepada aku, anaknya untuk melakukan tugas yang berat ini, akan saya membawa kepada bapa saya kepada tuan. ''demi ALLAH daripada tuan perintahkan orang lain, lebih baik tuan perintahkan saya sahaja untuk membunuh bapa saya itu, '' kata khubab. mungkin Rasulullah SAW tidak berputus asa untuk menyedarkan Abdullah. dengan harapan bapa munafik itu akan insaf dan menjadi seorang mukmin yang sejati, baginda turut menolak permintaan Khubab itu. walaupun kecewa, Khubab beliau sempat menahan bapanya dan memberikan amaran keras kepada bapanya: ''demi ALLAH, bapa jangan masuk ke madinah sebelum bapa mengaku, bapalah yang hina dina dan sesungguhnya Rasulullah itulah mulia. kecuali baginda izinkan bapa masuk  ke madinah supaya bapa mengerti siapakah yang hina atau siapakah yang mulia.bapa atau Rasulullah,'' tegas Khubab.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...