JiKa KeJaHaTaN DiBaLaS KeJaHaTan, MaKa iTu aDaLaH DenDaM. JiKa KeBaiKan DiBaLas KeBaiKaN, iTu aDaLaH pErKaRa BiaSa. JiKa KeBaiKaN DiBaLaS KeJaHaTaN, iTu aDaLaH ZaLiM. TaPi JiKa KeJaHaTaN DiBaLaS KeBaiKaN, iTu aDaLah MuLia & TerPuJi....

TIME~

Calendar

ToTaL PaGeviEwS

Wednesday 21 December 2011

DOSA BESAR - TIDAK BERHAJI WALAUPUN MAMPU


Tidak Berhaji Walaupun Berkemampuan.
Assalamualaikum..
Innalhamdulillah, kita memujiNya dan memohon pertolonganNya dan keampunan dariNya dan memohon perlindungan dari Allah daripada kejahatan diri kita dan daripada keburukan amalan kita. Barang siapa diberi petunjuk oleh Allah, maka tiada yang mampu menyesatkannya. Dan barang siapa disesatkan Allah,tiada yang mampu memberi petunjuk kepadanya. Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah,dan Muhammad utusan Allah. Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah(takut) kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Saudaraku, mudah mudahan dirahmati Allah.

Didalam al-Quran firman Allahu Subhanahuwata’ala maksudnya :
“jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar yang dilarang keatas kamu mengerjakannya,nescaya Kami(Allah) akan menutupi kesalahan-kesalahan(dosa-dosa) kamu yang kecil-kecil,dan Kami(Allah) akan masukkan kamu ke tempat yang mulia” ~ An-nisa’ : 31
Mengertilah wahai saudaraku, tidak melaksanakan ibadah haji saat berkemampuan adalah satu kezaliman dan dosa yang besar.
Haji itu adalah salah satu RUKUN ISLAM yang ke lima, yang diwajibkan ke atas orang Islam yang berkemampuan untuk mengujungi Tanah Suci(Baitullah), iaitu Makkah Al-Mukarramah untuk mengerjakan  Manasik haji di sana,atau dating untuk menziarahi Ka’bah.
Firman Allah SWT maksudnya :
“..mengerjakan ibadah haji itu adalah kewajipan manusia terhadap Allah, bagi mereka yang sanggup(mampu) mengadakan perjalanan ke Baitullah..”  ~ Al-Imran : 97
Daripada Abi Abdul Rahman Abdillah bin ‘Umar Ibn Khattab r.a berkata,beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda, maksudnya :
Tertegaknya Islam atas lima perkara : bersaksi(yakin) bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan solat,mengeluarkan zakat, MENGERJAKAN HAJI KE BAITULLAH,dan berpuasa pada bulan ramadhan.”  - (HR al-Bukhari Kitab al-imam no.8 dan Muslim kitab al-imam no.16)
Rasulullah SAW bersabda, maksudnya :
“barang siapa yang memiliki bekal dan kenderaan yang dapat menyampaikannya untuk berhaji ke Rumah Allah,iaitu Masjidil Haram, dan dia tidak berhaji, maka pilihlah dia untuk mati sebagai seorang Yahudi atau Nasrani(kristian), dan yang demikian itu kerana Allah SWT telah berfirman : mengerjakan haji itu adalah kewajipan manusia terhadap Allah bagi mereka yang sanggup(mampu) mengadakan perjalanan ke Baitullah!” – (HR at-Tirmidzi dan Baihaqi)
Dan berkata ‘Umar Ibn Khattab r.a : sesungguhnya aku bermaksud untuk mengutus beberapa orang menuju ke beberapa kota, atau daerah, untuk melihat siapa-siapa yang berkemampuan, tetapi tidak mahu pergi ke haji, maka kepada mereka akan aku kenakan cukai, iaitu seperti dikenakan cukai ke atas orang –orang yang bukan Muslimimin. ( Diriwayatkan oleh Said bin Mansur di dalam Sunnannya daripada Al-Hasan Al-Basri rahimahullahu ta’ala.)

Ketahuilah wahai saudaraku, syarat bagi yang berhaji itu adalah yang berkemampuan dari segi bekalan makanannya untuk kesana dan berkenderaan untuk ke sana. Yang dimaksudkan ke Baitullah(Masjidil Haram) serta keluarga yg ditinggalkan dalam keadaan selamat dan juga cukup keperluan. jangan sekali-kali kita lalai dalam tuntutan agama. Berusahalah wahai saudaraku untuk kearah ini, setiap perkara yang diamalkan kerana Allahu Subhanahuwata’ala ia dinilai disisi Allah. Janganlah jadi-jadikan alasan atau ada-adakan halangan untuk tuntutan agama Islam atau perindah Allah dan Rasul Allah,sebaliknya mencari jalan yang baik-baik untuk mencapai itu. Setelah itu, jangan kita ada-adakan sebarang ibadah ketika berhaji melainkan ia berdasarkan nas atau dalil Hadith Nabi SAW dan Al-Quran.

Terkadang adapun orang yang tidak berniat dan berusaha untuk mencapai perintah Allah, tidak mahu terus. Dia sentiasa mencari alas an untuk itu. Tetapi untuk perkara selain itu yang hanya bersuka ria makan angin kesana kesini ada pula masa dan bekalannya. Jika begitulah caranya, dimana iman orang ini??

Mudah-mudahan kita dijauhkan daripada sebagai sifat mazmumah dan dikayakan oleh Allah dengan sifat mahmudah. Dan sesungguhnya Allahu Subhanahuwata’ala lebih mengetahui.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...