Islam ditegakkan atas darah syuhada, jangan cemarkan darah itu dengan ketaksuban kita kepada kemajuan yang tiada keseimbangan rohaniyyah. Seandainya di suatu malam, air mata kita menitis kerana kita insaf, bergembiralah wahai temanku. Itulah khabaran gembira, Dia sudi memberikan hidayahNya yang tidak pernah siapa menjangka. Berubahlah ke arah kebaikan, sesungguhnya pintu taubat sentiasa terbuka buatmu. Seandainya ada dosa-dosa lalu, Dia menjanjikan keampunan pada mereka yang sentiasa bertaubat. Biarkan kemungkaran lalu menjadi mimpi buruk buat kita, hiduplah dalam alam nyata, Hiduplah sebagai hamba Allah yang betul m'perhambakan diri kepada-Nya..Kikislah karat-karat Jahiliyah yang semakin menebal dihati kita..Jahitlah kembali sejadah iman yang kian terkoyak dek petualang hawa nafsu dan robohkan takhta syaitan di hati kita...insyaAllah...Allah sentiasa bersama kita....
No comments:
Post a Comment