JiKa KeJaHaTaN DiBaLaS KeJaHaTan, MaKa iTu aDaLaH DenDaM. JiKa KeBaiKan DiBaLas KeBaiKaN, iTu aDaLaH pErKaRa BiaSa. JiKa KeBaiKaN DiBaLaS KeJaHaTaN, iTu aDaLaH ZaLiM. TaPi JiKa KeJaHaTaN DiBaLaS KeBaiKaN, iTu aDaLah MuLia & TerPuJi....

TIME~

Calendar

ToTaL PaGeviEwS

Tuesday, 22 November 2011

PENGEMIS DAN 3 ORANG ANAK DI UNIVERSITI

Sebelum ini saya selalu mengeluh. Harga minyak naik, barang-barang mahal,duit sekolah anak-anak lagi. Mana nak korek duit. Saya tidak pernah bersyukur dengan apa yang saya ada. Tapi bila saya teringat masih banyak lagi orang yang lebih susah dari saya, saya menjadi insaf. Contohnya pengemis-pengemis yang selalu saya jumpa. Rasanya hidup mereka lagi merana.

Saya teringat pula satu kisah berlaku semasa zaman saya menuntut dahulu. Suatu hari saya sedang keluar selepas habis kuliah. Tiba di satu persimpangan, saya lihat seorang pengemis lelaki tua, dalam lingkungan umur 50-an, sedang duduk meminta sedekah.

Muka pengemis itu berkedut dan berdaki. Rambutnya kusut masai. Perutnya leper. Tangannya terketar-ketar. Selalunya saya hanya memberi wang kepada setiap pengemis yang sering berkeliaran di kawasan itu dan terus berlalu pergi.

Tapi, entah kenapa, hari itu hati saya tergerak untuk menegur pengemis tua tersebut. Mungkin hari itu mood saya tengah baik dan kebetulan saya tiada sebarang urusan penting. Lalu, saya menghampiri pengemis yang berpakaian compang-camping dan badannya yang berbau tengik itu. Saya cuba untuk berbual-bual dengannya.

SAYA : Sudah lama mengemis, pak cik?
PENGEMIS : Ya... lama juga, lebih kurang 18 tahun, nak.
SAYA : Wah, sudah lama juga ya pak cik...sehari biasanya dapat berapa pakcik?
PENGEMIS : Kalau orang rasa kasihan, adalah rezeki pak cik, nak. Biasanya dari pukul 8.00 pagi sampai 8.00 malam, dapatlah RM30 sehari.
SAYA : Banyak juga ya pak cik..
PENGEMIS : Bolehlah nak.. untuk keluarga..anak-anak nak kena bagi makan ( Airmata pengemis itu mula berguguran )

SAYA : Ohhh...pak cik ada keluarga? Dimana mereka sekarang?

PENGEMIS : Isteri pak cik meninggal dunia dah lama ( lama terdiam sambil menyapu airmata ). Anak pak cik semuanya ada tiga orang. Tiga-tiga lelaki. Yang pertama dekat Universiti Teknologi Mara di Serdang tu. Yang kedua dekat Universiti Malaya dan yang ketiga dekat Universiti Kebangsaan Malaysia di Bangi tu.

SAYA : Wah, hebat-hebat anak-anak pak cik ni....boleh tahan juga otak mereka. Walaupun pak cik orang susah, anak-anak semua berjaya.

PENGEMIS : ( Tersenyum ) Biasalah nak.. mereka sendiri yang usaha. Pak cik cuma ajar sikit-sikit aje. Mereka pandai sendiri nak hidup nak oiii.. kalau malas, susahlah..Anak pun pandai, sekolah kat sini ye?

SAYA : ( Membalas senyuman ) ya, pak cik..belajar kat sini juga. Jadi, anak pak cik semua masih belajarlah ye..?

PENGEMIS : eh..tak laa..tiga-tiga anak pakciktu...errrr...semuanya mengemis macam pak cik juga. Diorang kata duduk mengemis dekat universiti tu banyak sikit incomenya. Pasal budak U ni dapat biasiswa, dapat PTPTN. Budak U ni pemurah nak. Lagi-lagi, kalau dekat-dekat nak exam. Selalu bersedekah kat anak-anak pakcik. Setakat dua riga ratus sehari tu biasalah!

CARA2 UNTUK MEM ''BRAINWASHKAN'' BUDAK2..

Ada seorang guru tadika yg tidak percaya wujudnya tuhan dan die pun berfikir bagaimana nak brain wash kanak2 di tadika tsebut supaya tak percaya wujudnya tuhan. Dia pun mendapat satu akal…

Guru tadika : Anak2,nampak tak pen ni.
Anak2 : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ade kan.
Anak2 : Ader cikgu.

kemudian guru tadika tadi memasukkan pen tu dalam poket die, kemudian bertanya lg..

Guru tadika : Anak2,nampak tak pen?
Anak2 : tak nampak cikgu.
Guru tadika : pen ade tak?
Anak2 : takder cikgu.
Guru tadika: Anak2 nmpk tuhan tak?
Anak2 : tak nampak cikgu.
Guru tadika : tuhan ader tak?
Anak2 : takder cikgu.

Guru tadika td sgt gembira sbb tujuan die nak brain wash otak budak2 tu berjaya.Ttp dlm byk2 bdk tu ader seorg bdk yg pintar,dan die minta pun mengangkat tgn…

Bdk A : Cikgu bleh sy ckp sesuatu.
Guru tadika : Bleh,mari ke depan.
Bdk A : kwn2 nmpk cikgu tak.
Kwn2 : nampak.
Bdk A : cikgu ader! kan?
Kwn2 : ader.
Bdk A : kwn2 nmpk otak cikgu tak?
Kwn2 : tak nampak.
Bdk A: cikgu ader otak tak?
Kwn2 : tak ader.

Moral of the story , bila tak nampak, tak semestinya takdak! sayangi agama kita dengan ‘amar ma’ruf dan nahi mungkar, kalau tidak kita, siapa lagi…

7 KEBAIKAN MENANGIS

1. Membantu penglihatan
Air mata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang membuat penglihatan menjadi kabur.
2. Membunuh bakteria
Tak perlu ubat titis mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai anti bakteria semulajadi.
Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteri-bakteri yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandung bakteri, hanya dalam 5 minit.
3. Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis menurunkan level depresi dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali.
Air mata yang dihasilkan dari menangis emosi mengandung 24% protein albumin yang berguna dalam meregulasi sistem metabolisme tubuh dibanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.
4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemui bahawa air mata yang keluar dari menangis emosional adalah mengandungi racun.
keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia mengeluarkan racun dari dalam tubuh melalui mata.
5. Mengurangi stress
Bagaimana menangis mengurangi stres?
Air mata mengeluarkan hormon stres yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin.
Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.
6. Mengenal erti sosial
Selain baik untuk kesihatan fizik, menangis juga membantu seseorang membangun sebuah komuniti dlm masyarakat.
Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya dgn teman-temannya atau seseorang , dan hal ini meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi.
7. Melegakan perasaan
Semua orang ingin merasa demikian.
Walaupunpun Anda didera berbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega.
Setelah menangis, sistem limbik, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega.
Keluarkanlah masalah di fikiranmu dan menangis, jangan dipendam lama2 perasaan itu.
Jadi, Anda tidak perlu merasa malu menangis sesekali.

Monday, 21 November 2011

MENJAGA KESIHATAN MENGIKUT AL-QURAN DAN AS-SUNNAH

1. Mandi pagi sebelum subuh @ atau sekurang2nya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yg meresap masuk ke dlm badan boleh mgurangkan lemak yg mengumpul.

2. Rasullullah mengamalkan minum segelas air kosong ( suam ) setiap pagi. Mujarabnya, insyaalah jauh dari penyakit ( susah nak kena penyakit )


3. Waktu sembahyang subuh, disunatkan bertafakur ( iaitu sujud skurang2nya seminit slps membaca doa ). Ia boleh mengelak dr sakit sakit kepala @ migrin. Ini terbukti oleh para saintis yg membuat kajian kenapa dlm sehari perlu kita sujud. Ahli2 sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dlm saluran darah di kepala yg tidak di penuhi darah. Dgn bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

Tuesday, 15 November 2011

KISAH DAKWAH ANAK KECIL..

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah dakwah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya seraya berkata “Ayah! Saya dah bersedia...

Ayahnya terkejut dan berkata “Bersedia untuk apa?”.

“Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah”

“Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat”

“Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun”

Ayahnya menambah “Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini”

Dengan merintih anaknya merayu “Kalau begitu, benarkan saya pergi ayah?”

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya.

“Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!”

“Terima kasih Ayah” Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah “Jalan-jalan Syurga” ada pada tangannya. Dia berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu, namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali.

Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan.

Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan.

Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Dan akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.

Mukanya suram dan sedih.

“Nak, apa yang makcik boleh bantu?”

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.

“Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah”. Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

“Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu.” kata makcik itu dalam nada yang penuh lembut.

Minggu berikutnya sebelum khutbah solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan sedikit tazkirah.

Sebelum selesai tazkirahnya dia bertanya “Ada sesiapa nak bertanya atau menyatakan sesuatu.”

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah
perempuan separuh umur itu.

“Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan
dalam dunia ini”. Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

“Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher.

Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi”.

“Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu”

“Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat”.

“Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik” itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar”.

“Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka…..Aku tak perlukan itu lagi”.

“Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu, ALLAH Maha Esa.

Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka”

Semua para jemaah mengalirkan air mata. Mereka mengucap syukur pada Allah. Ramai juga yang bertakbir, ALLAHUAKBAR!

Imam lantas meluru menuju ke arah anaknya dan terus memeluk anaknya yang berada di bahagian saf hadapan dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya.

"(Ingatlah) ketika malaikat berkata: "Wahai Maryam! Bahawasanya Allah memberikan khabar yang menggembirakanmu, dengan (mengurniakan seorang anak yang engkau akan kandungkan semata-mata dengan) kalimah daripada Allah, nama anak itu: Al-Masih, Isa Ibni Maryam, seorang yang terkemuka di Dunia dan di Akhirat, dan ia juga dari orang-orang yang didampingkan (diberi kemuliaan di sisi Allah). Dan ia akan berkata-kata kepada orang ramai semasa ia masih kecil dalam buaian, dan semasa ia dewasa, dan ia adalah daripada orang-orang yang soleh." [Aal 'Imraan 3: 45-46]

DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER..(JANGAN MENILAI SEBUAH BUKU DARI KULITNYA)


Ungkapan ini sering kita dengar, terutamanya dari wanita yang tidak menutup aurat dan mengaku bahawa hatinya baik dan suci walaupun berpakaian seksi serta memperlihatkan aurat mereka.

Mereka mengatakan bahawa wanita bertudung pun ramai yang berbuat jahat seperti berzina, berbuat maksiat dan bermacam-macam lagi. Malah, mereka juga mengatakan bahawa walaupun mereka tidak bertudung, mereka tidak mengganggu orang lain, tidak mengumpat dan tidak melakukan perbuatan buruk.

Begitulah dakwaan mereka bagi memperlihatkan kebaikan.

Benarkah alasan mereka itu? Benarkah penampilan luaran tidak terpakai di dalam Islam? Ada juga yang sanggup berhujah dengan hadis Rasulullah SAW iaitu :

"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu." (HR Muslim)

Adalah sesuatu yang sangat dikesali apabila kita mendengar ada orang yang berhujah dengan hadis untuk menyokong nafsunya. Dia menggunakan Islam dalam perkara yang bersesuaian dengan kehendak nafsunya sahaja.

Adakah Allah SWT dapat menganggap hati seseorang itu suci dan baik dengan melanggar perintahNya? Hakikatnya, sesuatu yang baik dan suci mestilah ditentukan mengikut neraca Allah serta Rasulullah SAW, bukannya menerusi neraca pemikiran serta nafsu manusia semata-mata.

Oleh yang demikian, jika ingin merujuk kepada neraca Islam, maka hakikatnya ternyata bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:

"Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada sepotong daging, yang bila ianya baik, maka baiklah seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu. Ketahuilah, ia adalah hati." (HR Muslim)

Berdasarkan hadis ini, menurut neraca Islam kebaikan hati seseorang boleh dilihat di peringkat pertamanya, yakni dari tindak tanduknya. Ertinya, bila tindakannya sentiasa menyalahi kehendak dan hukum yang diletakkan oleh Islam, itu adalah tanda kekotoran hatinya.

Jika tindakan luarnya sejalan dengan kehendak Islam, maka dia harus dianggap baik pada peringkat pertama iaitu neraca luaran orang ramai. Adapun baik di peringkat kedua, adalah sama ada hatinya bertujuan kerana Allah SWT atau tujuan selainnya, seperti sekadar menunjuk-nunjuk sahaja.

Justeru dalam sesuatu hal, kita boleh menilai seseorang itu melalui sifat luarannya. Maksudnya, apabila perkara asas dalam Islam dilanggar, maka sudah tentu apa yang terlihat di luaran itu turut menunjukkan apa yang terkandung di dalam hatinya.

Kaum wanita perlu menyedari bahawa dengan membuka auratnya, semua lelaki yang melihatnya akan memperolehi dosa setiap kali dia memandang. Tetapi yang beratnya adalah si wanita. Dia bukan sahaja mendapat satu dosa bagi kesalahan itu, tetapi juga meraih setiap dosa bagi semua lelaki yang memandangnya. Ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW:

"Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa bagi setiap orang yang membuatnya tanpa kurang sedikit pun dosanya.. "
(HR Ahmad dan lain-lain)

Termasuklah dalam erti mempelopori, apabila seseorang itu mempelopori pembukaan auratnya pada hari itu, lalu menyebabkan lelaki yang melihatnya mendapat dosa. Pastinya, si wanita itu juga mendapat dosa (tanpa kurang) bagi setiap mata yang memandang.

Adakah hati seorang seperti ini boleh dikira baik? Setelah segunung dosa menimbus hatinya? Sesungguhnya Allah Maha Adil dan Maha Pengasih. Segeralah mendapatkan kasih sayang Allah dengan mentaatiNya.

Bagi yang keras kepala, tiada kata yang dapat diberikan kecuali yakinilah bahawa Allah itu benar, RasulNya juga benar, syurga dan neraka juga benar. Jika mempercayainya, mengapa tindakan masih seolah mera
guinya?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...