عن علي بن أبي طالب كرم الله وجهة قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : إذا فعلت أمتي خمس عشرة خصلة حل بها البلاء : قيل و ما هن يا رسول الله : قال إذا كان :
المَغنمُ دوَلاً , و الأمانةُ مَغنماً , والزكاةُ مَغرماً , و أطاعَ الرجُلُ زوجتَهُ , و عَقَّ أُمَّهُ , و بَرَّ صديقَه , و جَفا أباه , و ارتفعتْ الأصواتُ في المساجد , و كان زعيمُ القومِ اَرْذَلَهُمْ , و أُكرمَ الرَجُلُ مخافةَ شَرّه , وشربت الخمور , و لبس الحرير , و اتخذت القينات , و المعازف , و لعن آخر هذه الأمة أولَها فليرتقبوا عندك ذلك ريحا حمراء أو خسْفاً أو مسْخاً .
رواه إمام الترمذي
Dari Saidina A’li bin Abi Talib Karramallahuwajhah : Rasulullah saw telah bersabda : Apabila ummatku melakukan 15 perkara ini maka layaklah ke atasnya bala bencana ( musibah ) .
Lalu sahabat bertanya: Apakah 15 perkara itu ya Rasulullah?
Rasulullah saw. menjawab: Apabila berlaku.
01> Harta khazanah kekayaan negara hanya berlegar dikalangan orang- orang tertentu.
02> Amanah menjadi batu loncatan untuk mengumpul kekayaan.

03> Zakat dianggap sebagai hutang yang menyusahkan mereka.
04> Lelaki tunduk kepada isterinya.
05> Derhaka kepada ibunya.
06> Sedang ia terlalu menurut kemahuan kawannya.
07> Sering menjauhi bapanya.
08> Meninggikan suara ( bising ) di dalam Masjid.
09> Pemimpin yang dilantik adalah yang paling hina ( jahat ) dikalangan mereka.
10> Dimuliakan seseorang ( bukan kerana mulia tetapi ) kerana takut akan kejahatannya.
11> Meminum Khamar ( arak ).
12> ( Lelaki ) memakai sutera.
13> Menyanjung para artis ( penyanyi ).
14> ( Menyanjung para artis ) pemuzik.
15> Dan mengutuk golongan ( ummat/ulama’ ) terdahulu
Maka layaklah mereka ditimpa Angin Ahmar ( yang melumpuhkan ) atau gempa bumi ( yang menghancurkan ) atau mereka ditukar wajah menjadi makhluk lain ( beruk atau lainnya ).

No comments:
Post a Comment