JiKa KeJaHaTaN DiBaLaS KeJaHaTan, MaKa iTu aDaLaH DenDaM. JiKa KeBaiKan DiBaLas KeBaiKaN, iTu aDaLaH pErKaRa BiaSa. JiKa KeBaiKaN DiBaLaS KeJaHaTaN, iTu aDaLaH ZaLiM. TaPi JiKa KeJaHaTaN DiBaLaS KeBaiKaN, iTu aDaLah MuLia & TerPuJi....

TIME~

Calendar

ToTaL PaGeviEwS

Monday 23 May 2011

APABILA QURAN DIPIJAK2..

Assalamua'laikum warahmatullah,
>
>
> Saudara-saudari Islam, berikut adalah ucapan saorang pelajar Islam,
Najeeb
> Rahman dimajlis "Charity Lunch For Maluku" di University of Leeds. Agak
> panjang tapi sangat menyentuh hati.
>
>
> Segala puji bagi Allah Tuhan seluruh alam semesta ini. Sejahtera keatas
> Rasulullah SAW dan Nabi-Nabi serta Rasul-Rasul, keluarga
> mereka,sahabat-sahabat mereka, dan kita semua yang hadir.
> Baru-baru ini pembunuhan dan penyembelihan umat Islam secara
> rambang(massacres) telah berlaku di Maluku dan Ambon Indonesia.
> Gambar-gambar yang mengerikan, mayat kanak-kanak Islam yang dicincang
> serta
> orang-orang Islam yang dibunuh beramai-ramai (massacre) boleh dilihat di
> internet. Lapuran bergambar yang dilakukan oleh Dr Jemilah mengenai
> pembunuhan-pembunuhan tersebut apabila difikirkan boleh menitiskan air
> mata
> kita. Dan kesemuanya ini benar-benar telah berlaku dan bukannya
imaginasi
> seseorang.
>
>
> Saudara-saudari Muslim ku, sebenarnya, ini bukan insiden kekejaman
keatas
> kaum Muslimin yang terpencil. Tragedi atau bala yang serupa pernah
berlaku
> di Bosnia dimana ratusan ribu orang-orang Islam dibunuh dalam kekejaman
> "cuci bersih" (ethnic cleansing) oleh puak Kristian Serbs. Begitu juga
di
> Kosova dimana puluhan ribu orang-orang Islam juga telah "dicuci berseh",
> dibunuh; juga oleh puak Serbs. Kanak-kanak dan kaum tua yang tiada
> berupaya untuk mempertahankan diri di bunuh begitu saja.
>
>
> Wanita-wanita Islam dirogol dan seterusnya dibunuh. Orang-orang Islam
> dipenggal dan dikelar anggota mereka. Ceritanya sama, berulang-ulang
kali.
> Mengapa kekejaman ini terus menimpa umat Islam di merata dunia? Kita
boleh
> persalahkan kekejaman ini kepada konspirasi antarabangsa terhadap
> Indonesia, atau rancangan jahat Barat terhadap kaum
> Muslimin, atau pun sebagai tindakan kebencian Yahudi dan Kristian
terhadap
> kita, atau pun operasi cuci berseh puak Kristian Serbs. Tetapi adakah
> hanya
> ini SEBAB MUSABAB YANG SEBENARNYA?
>
>
> Dari pengalaman saya sebagai Sukarelawan Perubatan di Kosova, saya
dengan
> sendirinya telah melihat kubur-kubur orang-orang Islam yang dibunuh
> ditanam
> beramai-ramai (mass graves), mayat-mayat yang sedang reput dan busuk,
> keluarga-keluarga terutamanya kanak-kanak yang dalam
ketakutan,rumah-rumah
> dan masjid-masjid yang telah hancur musnah. Memangnya suatu pengalaman
> yang
> kuat tamparannya.
>
>
> Dengan izin Allah SWT saya telah berpeluang tinggal bersama-sama suatu
> keluarga yang baik di Prizren, Kosova. Ketua keluarga itu, Imam Ismail
> dan
> anak sulungnya, Navahi, kedua mereka adalah imam, begitu juga dengan
datuk
> Navahi, juga seorang imam. Mereka mesra dan baik hati. Semasa satu dari
> perbualan kami di waktu petang, kami telah berbual mengenai
> bala dan tragedi yang telah menimpa, bagaimana masyarakat Kosova sebelum
> ditimpa
> bala pembunuhan massacre itu.
>
>
> Navahi yang fasih berbahasa Inggeris telah menceritakan dengan penuh
rasa
> segan dan malu mengenai keadaan masyarakat Islam Kosova sebelum
berlakunya
> genosid puak Kristian Serbs.
>

 >
> Antara perkara yang beliau sebutkan adalah kaum Muslimin di Kosova telah
> lupa daratan dan membelakangkan Islam. Ramai tidak tahu sembahyang,
tidak
> tahu membaca Quran, telah lupakan syahadah, dan zina serta meminum arak
> (bir) berleluasa di merata pelusuk. Hanya kaum tua sahaja yang masih ke
> masjid.
>
>
> Di sebuah bandar kecil bernama Djakova, dimana berlaku pembunuhan
massacre
> kaum Muslimin yang terdahsyat sekali, penduduk Islam disana telah
berlaku
> syirik terhadap Allah SWT. Mereka menyembah kubur orang-orang alim
> (saints)
> yang dianggap keramat dan memasang lilin(seperti Kristian melakukannya
> didalam gereja). Mereka mendakwa yang mereka bukannya menyembah
> "keramat-keramat" tersebut tetapi menghampiri Allah melaluinya.
>
>
> Ini adalah kepercayaan mereka yang nyata sesat. Tidak ada
> "inter-mediaries"atau perantaraan dalam Islam. Ini nyata perbuatan
syirik.
> Imam Ismail adalah Imam di masjid Djakova sebelum berlakunya genosid
> pembunuhan orang-orang Islam beramai-ramai di bandar itu oleh puak
> Kristian
> Serbs.
>
>
> Di bandar Suhareka, satu lagi bandar di mana pembunuhan secara massacre
> keatas orang Islam telah juga berlaku, penduduk bandar tersebut telah
> menggesa Bilal masjid supaya jangan melaungkan azan Subuh untuk
memanggil
> orang mengerjakan solat. Ini kerana azan mengganggu tidur mereka. (Saya
> percaya ada dikalangan ummah kita yang sama menaruh perasaan benci
> mendengar azan, atau mereka akan kaleh memekakkan telinga dan
mengabaikan
> solat.
>
>
> Ada yang langsung tidak bangun mengerjakan fardhu Subuh). Di satu lagi
> bandar di Kosova, seramai 40 orang Islam (lelaki, perempuan,kanak-kanak
> dan
> orang-orang tua) telah dibawa ke dalam hutan dan diikat. Mereka
> kemudiannya
> ditembak mati oleh puak Kristian Serbs
> dengan senjata AK47. Di bandar ini hanya golongan tua sahaja yang ke
> masjid. Semasa
> kami membuat lawatan rawatan medic kesana kami telah tiba sejurus
sebelum
> masuk waktu
> Maghrib. Pemuda-pemuda disana memberitahu kami hanya orang tua sahaja ke
> masjid. Benar kata mereka kerana apabila kami sampai ke masjid hanya ada
> Imam dan seorang lelaki tua dan rombongan medic kami yang bersolat di
> masjid tersebut. Semasa kami sedang mengedarkan Quran, seorang pemuda
yang
> mulutnya berbau arak bir meminta senaskah Quran untuk dibakar buat
> memanaskan rumah beliau (Bandar tersebut dikelilingi hutan. Oleh yang
> demikian tidak mungkin tiada cukup bekalan kayu untuk bahan api buat
> memanaskan
> rumah).
>
>
> Setelah membuat lawatan ke kawasan lain di Kosova, kami lihat kebanyakan
> pembunuhan serta kemusnahan harta benda kaum Muslimin berlaku dikawasan
> utara Kosova dimana masjid-masjid jarang kelihatan walau pun majoriti
> penduduk terdiri dari orang Islam. Bukan niat saya hendak menjatuhkan
air
> muka saudara-saudari
>
>
> Islam kita di Kosova, tetapi untuk mengingatkan kita semua kepada
> pengajaran dan iktibar di Kosova agar kita tidak melakukan kesilapan
yang
> sama. Seorang lelaki tua yang kami temui, yang anak lelakinya telah
> dibunuh
> dan rumahnya dibakar, telah meminta kami memberitahu umat Islam yang
lain
> apa yang sebenarnya telah berlaku. Oleh itu saya hanya menyampaikan apa
> yang diamanahkan oleh orang tua itu. Navahi juga memberitahu kami
mengenai
> situasi di Turkey. Datok beliau kerap ke Turkey kerana ramai rakan
kenalan
> disana. Turkey, bukannya
> negara Islam, walau pun menonjolkan imej sedemikian. Turkey diperintah
> golongan sekular
> yang ekstremis dalam fahaman, bahawa agama Islam tiada kena mengena
> langsung dengan pemerintahan negara. Ini merupakan ideologi kebanyakan
> orang-orang Islam moden masakini. Mereka mendakwa Islam dan politik itu
> berasingan dan tidak boleh dicampur. Golongan sekular Turkey pernah
> berkata
> urusan pentadbiran negara hendaklah jangan "tercemar" oleh ajaran
> Islam(seolah-olah politik itu suci dan Islam itu kotor).
>
>
> Mereka mendakwa Islam itu perlu disekat amalannya kepada masjid dan
> rumah-rumah sahaja, dan dilarang digunakan di Parlimen, mahkamah dan
> sebagainya. Pemerintah sekular Turkey menganggap hukum-hukum Syariah itu
> kuno dan purba, hanya sesuai bagi puak-puak Arab zaman purba yang hidup
> di
> gurun dan menunggang unta. Bagi golongan sekular Turkey, undang-undang
> Syariah tidak lagi sesuai bagi masyarakat bertamadun serba moden
masakini,
> iaitu di zaman kereta, komputer dan internet, pro-kebebasan dan hak
asasi
> manusia.
>
>

 > Hukuman rejam ke atas penzina dan potong tangan yang mencuri dianggap
oleh
> puak sekular Turkey sebagai kejam dan tindakan orang-orang yang tidak
> bertamadun, dan dengan demikian tidak lagi sesuai dilaksanakan. (Tidak
> terlintaskah kepada mereka bahawa mereka berlaku syirik terhadap Allah
> SWT). TIDAK KAH SEMUA INI SAMA DENGAN KEADAAN KITA?
>
>
> Wanita di Turkey dilarang berhijab/bertudung menutup aurat. Usaha untuk
> mempelajari agama Islam dijadikan perkara yang susah oleh kerajaan
Turkey.
> Pihak berkuasa yang sangat menindas Islam adalah tentera Turkey. Navahi
> mengatakan anggota tentera yang ditangkap mengerjakan solat dikenakan
> 'court marshal' (adalah suatu kesalahan mengikut peraturan tentera
Turkey
> untuk mengerjakan solat). Saya menerima e-mail beberapa hari sebelum
> berlaku gempa bumi yang dahsyat di Turkey baru-baru ini. Beberapa hari
> sebelum
> berlaku gempa bumi tersebut, Jeneral-Jeneral tentera Turkey mengadakan
> temasya
> keraian (party) di apartmen peranginan mereka di pantai Mediterranean.
> Mereka mengundang perempuan jalang dari Israel dan telah bersukaria
sakan,
> meminum arak dan berzina. Seterusnya Jenera-Jeneral tersebut telah
> memanggil seorang anggota pangkat bawahan untuk membaca Al-Quran sambil
> mereka bersukaria, mabuk dan berzina. Anggota pangkat bawahan enggan dan
> takut berbuat demikian,lalu seorang Jeneral merampas Al-Quran itu dan
> memijak-mijak Al-Quran itu sambil mencabar, "Mana dia Allah untuk
> selamatkan Quran ini". Mereka semua ketawa terbahak-bahak. Anggota
tentera
> pangkat
> bawahan telah melihat suatu cahaya berwarna merah samar memancar di
> horizon
> laut. Beliau ketakutan lalu melarikan diri keluar dari apartmen
> Jeneral-Jeneral itu. Sejurus kemudian satu ombak yang begitu tinggi
> melanda
> pantai dan menelan apartmen dengan Jeneral-Jeneral Turkey tersebut
kedalam
> laut. Yang berlaku sebijik semacam salah satu bala balasan Allah
> yang difirmankan di dalam Al-Quran.
>
>
> Wallahu'alam.
>
>
> Di Palestine, saya terdengar dari seseorang di sana bahawa seorang
Yahudi
> pernah berkata kepada seorang Arab, "Kami Yahudi tidak takut dan gentar
> selagi kami tidak melihat bilangan kaum Muslimin yang menunaikan solat
> fajar berjemaah di masjid sama dengan bilangan kaum Muslimin yang
menetap
> di dalam qariah."
>
>
> Di Bosnia, kebanyakan orang Islam telah membelakangkan agama mereka
> sebelum
> berlakunya pembunuhan massacre disana. Mereka telah meniru cara hidup
> Eropah kafir. Zina, arak begitu berleluasa, dan perkahwinan antara
> Kristian
> dan Islam (secara murtad) dibenarkan. Orang Islam yang menjaga keimanan
> mereka terlalu sedikit bilangan mereka berbanding dengan yang memilih
> hidup
> dalam keadaan kejahilan moden dan kesesatan. Saudara-saudari Islam, ini
> hanyalah contoh-contoh kemungkaran dan keingkaran. Sekali lagi
ditegaskan
> bukan niat saya mengaibkan mereka, tetapi suatu iktibar perlu di ambil.
> Saya pasti sudah jelas bagi anda semua SEBAB SEBENAR berlakunya bala
> bencana dan tragedi yang dahsyat tersebut.
>
>
> Seperti firman Allah SWT didalam Al-Quran (terjemahan): "Janganlah kamu
> jadikan seruan Rasul diantara kamu seperti panggillan sebahagian kamu
> kepada sebahagian yang lain. Sesungguhnya Allah telah mengetahui
> orang-orang yang beransur-ansur pergi di antara kamu dengan
> berlindung(kepada kawannya), maka hendaklah orang-orang yang menyalahi
> perintah Rasul takut akan timpa ujian atau ditimpa azab yang pedih."
> (Surah
> An Nuur Ayat 63).
>
>
> Dan didalam satu lagi ayat Allah berfirman (terjemahan): "Maka tatkala
> mereka membuat Kami murka, Kami menghukum mereka lalu kami tenggelamkan
> mereka semuanya (di laut)". (Surah Az Zukhruf Ayat 55)
>
>
> Amaran-amaran didalam Al-Quran itu sangat jelas. Dan Allah SWT tetap
tidak
> akan mungkir janjiNya. Bukankah mereka ini (Bosnia, Kosovo, Turkey)
telah
> tidak mematuhi perintah Allah dan RasulNya? Bukankah mereka telah
> mencabarAllah SWT? Adalah perkara mudah bagi Allah SWT menimpakan azab
> keatas kita atau mengadakan dugaan bagi kita kerana Allah Maha Berkuasa
> atas segalanya. Bala dari Allah SWT itu kalau tidak dalam bentuk
> pembunuhan, Allah SWT boleh turunkan bala itu sebagai wabak penyakit,
> ribut, taufan,
> gempa bumi dan banjir yang dahsyat seperti yang telah difirmankanNya
> didalam Al-Quran.
> Jangan pula kita mempersoalkan sifat Allah SWT yang maha pengasih, maha
> pengampun lagi maha adil kerana telah mengizinkan berlakunya pembunuhan
> massacre keatas orang-orang Islam dan kanak-kanak itu. Rahmat Allah SWT
> tetap ujud walau pun kita tidak dapat mengamatinya. Misalnya, sesetengah
> yang dibunuh itu mungkin orang Islam yang lemah keimanan mereka, telah
> melakukan banyak dosa dan sekiranya mereka mati secara biasa bukan mati

 > syahid, sudah pasti tempat bagi mereka adalah api neraka. Wallahu 'alam.
>
>
> Dan kanak-kanak yang terbunuh itu sebenarnya terselamat dari alam
> sekeliling yang berupa jahiliyah moden yang boleh merosakkan mereka dan
> mungkin apabila mereka dewasa kelak, mereka akan murtad atau berlaku
> syirik
> atau hidup bergelumang dengan dosa. Tetapi Allah SWT telah mengambil
> mereka
> kembali dari dunia di waktu mereka kecil lagi, dan dengan itu mereka
> terselamat dari membuat dosa, dan Insya Allah akan masuk syurga di
akhirat
> nanti, dan sayugia diingatkan akhirat itu adalah kehidupan buat
> selama-lamanya.
>
>
> Bukankah ini berupa nikmat dan rahmat Allah jua? Kalau kita percaya
hidup
> berakhir didunia ini sahaja maka kita akan melihatnya sebagai tragedi
yang
> tidak adil. Tetapi kalau kita percaya kepada akhirat segala-galanya
adalah
> ujian dan dugaan dalam perjalanan ke akhirat. Tetapi ini tidak sama
sekali
> bermakna kita membiarkan sahaja ummah kita terus ditindas dan menderita
> begitu sahaja. Kita ummat Islam merupakan keluarga yang besar dan
menjadi
> tanggungjawab kita untuk membantu mereka dan melindungi mereka kerana
> meraka
> adalah saudara-saudari Islam kita.
>
>
> Sebagai bukti, satu keadaan di Kosova. Pada suatu petang saya telah ke
> daerah Opoya, terletak di wilayah selatan Kosova, tempat asal Imam
Ismail.
> Di kawasan itu bandarnya tidak mengalami apa-apa pun. Tiada berlaku
> pembunuhan massacre orang Islam, tiada pula kesan-kesan kemusnahan
> perang,
> dan tiada tanda-tanda bahawa puak Kristian Serbs telah ke tempat itu.
> Tetapi sebenarnya puak Kristian Serbs telah menetap di kawasan itu
selama
> 8tahun, sama seperti di lain-lain kawasan. Perbezaan yang dapat kita
lihat
> adalah di waktu Maghrib, masjid di Opoya PENUH. Itu hanyalah waktu solat
> fardhu harian yang biasa.
>
>
> Di hari Jumaat ianya penuh berlimpahan, dan bukan hanya kalangan tua
> sahaja
> tetapi ramai pemuda sama berjemaah. Dan mereka telah beramal walau pun
> godaan dan pengaruh
> buruk puak Kristian Serbs telah ujud. Kami tidak melihat sesiapa
> dikalangan
> orang Islam yang meminum arak disana. Saya diberitahu hanya satu tempat
> sahaja yang dimusnahkan oleh bompuak Serbs, iaitu sebuah kafe yang
pernah
> menyajikan minuman arak. Pelanggannya datang dari kawasan lain.
>
>
> Bandingkanlah perbezaan Opoya dengan bandar-bandar yang lain. Tidakkah
> jelas dan nyata bahawa kekuatan itu berada di tangan Allah SWT dan bukan
> bergantung sangat kepada tentera yang kuat untuk membalas serangan puak
> kristian Serbs. Inilah maknanya
>
>
> "La Haula wa laa quwata illa billah", tiada kekuatan atau daya kecuali
> dengan kehendak
> Allah SWT. Sekiranya Allah SWT tidak mengizinkannya, maka puak Kristian
> Serbs
> tidak akan dapat menyerang sesebuah bandar itu. Oleh itu jadikanlah
ianya
> suatu pengajaran dan iktibar.
>
>
> Akhirnya mari kita sama-sama memohon doa' kepada Allah SWT.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...