JiKa KeJaHaTaN DiBaLaS KeJaHaTan, MaKa iTu aDaLaH DenDaM. JiKa KeBaiKan DiBaLas KeBaiKaN, iTu aDaLaH pErKaRa BiaSa. JiKa KeBaiKaN DiBaLaS KeJaHaTaN, iTu aDaLaH ZaLiM. TaPi JiKa KeJaHaTaN DiBaLaS KeBaiKaN, iTu aDaLah MuLia & TerPuJi....

TIME~

Calendar

ToTaL PaGeviEwS

Monday 23 May 2011

ALAM BARZAKH & PADANG MAHSYAR

Alam Barzah & Padang Mahsyar
Terdapat 5 alam yg
dilalui oleh setiap manusia iaitu :
1. Alam Roh
  Alam dimana setiap manusia berjanji mnyembah Allah dan
mengikuti segala suruhan dan meninggalkan laranganNya.
Manusia dihidupkan selepas Nabi Adam.
2. Alam Rahim
 selama 120 hari berada didalam rahim (tidak lagi
mengingati segala peristiwa Alam Roh)
3. Alam Dunia
Manusia hidup didalam satu alam yg amat-amat singkat tetapi
amat-amat penting untuk alam yg seterusnya.
Hidup sehingga 65thn-75thn
4. Alam Kubur
Alam Kubur adalah bersamaan 40 thn. 1 thn bersamaan 1000 thn
didunia.
Hadis Imam At Turmudzi menerusi Abi'Sa'iid ; Rasulullah saw
bersabda :" Sungguhnya Kubur itu adalah suatu kebun antara
kebun-kebun Syurga ataupun satu lubang antara lubang-lubang
Neraka"
5. Alam Mahsyar
Alam Mahsyar adalah bersamaan 300thn. 1 thn bersamaan 50,000
thn didunia.
Alam Mahsyar dimulakan apabila 2 tiupan sangkakala ditiupan
oleh Malaikat Israfil.
Tiupan pertama mematikan semua kehidupan manakala tiupan yg
kedua menghidupkannya kembali dimana bumi memuntahkan
isinya.
* Dlm riwayat dinyatakan Kaabah akan berjalan masuk bersama
dengan bumi Mekah dan Madinah bersama isi buminya apabila
kiamat tiba (termasuk orang beriman yg mati di Mekah /
Madinah). Sunat utk kita berniat untuk mati di Mekah atau
Madinah shj. Haram berniat utk mati ditempat yg lain.
Rasullullah s.a.w yg pertama sekali dibangkitkan dimana
Rasullullah s.a.w bertanya pada Jibrail " Dimana kamu
tinggalkan umatku"
# Didalam Surah Al-Waaqi'ah Allah menyebutkan dipermulaan
keadaan/suasana Kiamat Besar dimana manusia terbahagi kepada
tiga golongan :
1.Muqarrabiin (Orang yang didekatkan kepada Allah); iaitu
orang-orang yang dapat memasuki Syurga diperingkat awal.
 2.Abraar (Baik-kebaikwan); iaitu orang-orang yang baik-baik;
mereka ini ialah golongan Kanan (Golongan Bertuah
Peringkat Kedua)
 3.Fujjaar (Jahat-jahawan); iaitu orang-orang yang
jahat-jahat; mereka ini ialah golongan kiri (golongan
celaka/sial).
Kemudian Allah menyebutkan diakhirnya keadaan Kiamat Kecil
dimana manusia terbahagi kepada tiga golongan juga iaitu;
1.Muqarrabiin.
2.Golongan Kanan.
3.Golongan Pendusta Yang Sesat.
Peristiwa di Padang Mahsyar
Manusia dibangunkan dlm keadaan telanjang melainkan mrk yg
beriman. Jln masing-masing tidak kenal antara satu kecuali 7
golongan. Mengikut Riwayat , Rasullullah saw dan Nabi Ibrahim as
diberi pakaian terlebih dahulu diikuti yg lain (para Nabi,
Sahabat dan mrk yg beriman).
7 golongan :
1. Pemimpin yang adil
2. Lelaki yg terikat hatinya dgn masjid
3. Lelaki yg bersedekah tetapi tidak diketahui
4. Orang muda yg taat kepada perintah Allah
5. Lelaki yg diajak oleh wanita, tetapi dia menolak dgn kata " Aku
takut pada Allah"
6. Lelaki yg senantiasa mengingati Allah dan takut pada Allah
7. Bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
(Didalam Al-Quran jika ia dirujuk sebagai lelaki maka ada juanya
bermaksud atau bersama perempuan)
Setelah 40 thn (di Mahsyar) iaitu 1 thn bersamaan 50,000 thn
didunia, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mrk yg
beriman, kemudian terdengar suara "pergilah berjumpa dgn para
Nabi".. maka yg mengetuai setiap kumpulan ialah para ulama dan
para ambia. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan
Nabi Adam ttp usaha mereka gagal krn Nabi Adam menyatakan beliau
juga ada melakukan dosa krn memakan buah larangan di syurga.. maka
kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh, Nabi Ibrahim,
Nabi Musa, Nabi Isa (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam)
dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah saw. Rasullullah saw
memohon kepada Allah dan syafaat baginda telah meletakkan Padang
Mahsyar menjadi tempat
- Soal Jawab
-Membaca catatan amalan
-Hisab
*Manakala orang kafir dan syaitan akan dikumpulkan disekeliling
Neraka Jahanam.
"Oleh itu, demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Sesungguhnya Kami akan
himpunkan mereka yang kafir itu beserta syaitan-syaitan di Padang
Mahsyar, kemudian Kami akan bawa mereka duduk bertelut di keliling
Neraka Jahanam." Surah Maryam Ayat 68
Kemudian manusia meniti SiratulMustakim yg mana perjalanannya
mengambil masa 15,000 thn perjalanan (persamaan didunia tidak
dinyatakan). Dan setiap 1000 manusia yg meniti hanya tinggal 1
sahaja yg akan berada di titian sirat (iaitu mrk yg beriman dan
beramal soleh) untuk meneruskan perjalanan ke syurga (sepantas
kilat bagi mrk yg beriman) .
999 manusia akan jatuh kebawah dari sirat dan akan tiba didasar
neraka setelah 60 tahun. (*Mengikut Riwayat, anak yg meninggal
sewaktu kecil akan menunggu ibubapanya diatas sirat).
*Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat
Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi,Di sisi
"Sidratul-Muntaha"; Yang di sisinya terletak syurga
"Jannatul-Makwa".(Nabi Muhammad melihat Jibril dalam bentuk
rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa "Sidratul-Muntaha"
itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak
terhingga. Surah An-Najm Ayat 13-16
*Kesimpulannya : Mati adalah benar, hidup kembali di Alam Barzah
dan Alam Akhirat adalah benar. Amatlah ruginya jika kita leka di
dunia yg masanya sungguh singkat namun amalan dan sumbangan kita
terhadap agama Allah amatlah besar pada ketika itu untuk
menghadapi Alam seterusnya. Diceritakan kisah didalam Al-Quran
dimana manusia akan menyesali diatas kelalaian mereka didunia
sebaik sahaja melihat api neraka ;
Wallahuwa'lam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...