JiKa KeJaHaTaN DiBaLaS KeJaHaTan, MaKa iTu aDaLaH DenDaM. JiKa KeBaiKan DiBaLas KeBaiKaN, iTu aDaLaH pErKaRa BiaSa. JiKa KeBaiKaN DiBaLaS KeJaHaTaN, iTu aDaLaH ZaLiM. TaPi JiKa KeJaHaTaN DiBaLaS KeBaiKaN, iTu aDaLah MuLia & TerPuJi....

TIME~

Calendar

ToTaL PaGeviEwS

Saturday 23 April 2011

AMALAN YANG MENGHAPUSKAN DOSA

Semua insan Muslim mempercayai bahawa jika kita kembali kepada Alllah dalam keadaan tidak berdosa, maka kita akan mendapat syurga. Tetapi setiap insan pasti akan melakukan dosa kerana berbagai kelalaian dan hawa nafsu. Dengan itu kita memohon ampun, bertaubat. Tetapi ada beberapa cara lain di mana Allah ampunkan atau hapuskan dosa kita bila kita melakukannya.

Ibn Taimiyah telah menyatakan bahawa jika seseorang Islam melakukan dosa, maka ia dapat menghapuskannya dengan sepuluh sebab. Antaranya ialah melakukan kebaikan. Dipaparkan di sini amalan berhubung solat yang dijanjikan Allah dan Rasulullah SAW akan dihapuskan dosa apabila dilakukan amalan tersebut.


(1) WUDUK
Rasulullah SAW bersabda : "Jika seseorang Muslim atau Mukmin mengangkat wuduk, maka ketika membasuh mukanya, segala kesalahan kerana pandangan matanya keluar bersama-sama air atau bersama akhir ketitisan air. Jika dia membasuh kedua tangannya bersama air atau bersama akhir titisan air. Jika dia membasuh kedua kakinya, maka keluarlah dosa yang dilakukan kedua kakinya bersama air atau bersama akhir titisan air, hingga dia bersih dari semua dosa." (Riwayat Muslim).

Rasulullah SAW bersabda : "Mahukah kamu aku tunjukkan sesuatu yang dengannya Allah menghapuskan kesalahan dan mengangkat darjat? Sahabat menjawab: Mahu Ya Rasulullah! Nabi SAW berkata: "Menyempurnakan wuduk pada waktu subuh yang dingin dan banyak melangkah ke masjid serta menunggu solat jemaah setelah solat sunnah. Yang demikian itu adalah ikatan kepada Allah." (Riwayat Muslim)


(2) AZAN
Azan adalah salah satu syiar Islam yang nyata dapat menghapuskan keburukan. Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa yang ketika selesai mendengar azan mengatakan : ‘Asyahadu an la ilaaha illallah wahdahu la syrikalalahu wa anna Muhammadan ‘abduhu wan rasulan wa bil Islami dinan. (Saya menyatakan tiada Tuhan selain Allah yang Maha Esa tanpa sekutu apa pun bagiNya. Saya menyatakan bahawa Muhammad adalah hamba dan utusanNya. Saya rela Allah sebagai Tuhan dan Islam sebagai agamaku, maka dia diampuni dosanya." (Riwayat Muslim).

Rasulullah SAW bersabda : "Orang yang azan itu diampuni dosanya sepanjang suaranya dan disaksikan oleh setiap (tumbuhan) yang kering dan yang basah. Orang yang menghadiri solat itu dituliskan 25 kali solat dan dihapuskan dosanya antara solat dengan solat berikutnya." (Riwayat Ahmad dan Abu Daud)


(3) BERJALAN KE MASJID (Tempat solat)
Rasulullah SAW bersabda : "Barang siapa bersuci (wuduk) di rumahnya, kemudian berjalan ke salah satu tempat ibadah untuk melaksanakan salah satu kewajipan terhadap Allah, maka kedua langkahnya itu sebagai penghapus dosa dan langkah yang lain mengangkat darjatnya." (Ibnu Majah)


(4) SOLAT LIMA WAKTU
Rasulullah SAW bersabda : "Saya mendengar Rasulullah SAW berkata: "Bagaimana pendapatmu, jika ada sungai di depan pintu (rumah) seseorang di antara kamu dan dia mandi darinya lima kalis setiap hari, apakah ada kotoran yang tersisa darinya?" Sahabat menjawab : "Tidak tersisa sedikit pun kotoran darinya." Nabi Muhammad SAW berkata: ‘Demikian itu adalah perumpamaan solat lima waktu, yang dengannya Allah SWT menghapuskan segala kesalahan dan dosa." (Muttafaq Alaih)


(5) SOLAT JUMAAT
Hari Jumaat adalah terpenting dan paling utama dalam seminggu. Solat Jumaat menghapuskan keburukan dan dosa. Rasullullah SAW bersabda: "Barangsiapa berwuduk dengan sempurna, kemudian mendirikan solat Jumaat dan dia mendengar khutbah dengan tekun, maka terampuni dosanya antara hari itu dengan Jumaat berikutnya dan ditambahkan tiga hari. Barang siapa yang melengah-lengahkannya, maka tiadalah pahalanya." (Riwayat Muslim).


(6) MEMBACA AMIN
Rasulullah SAW bersabda : "Jika imam membaca amin maka bacalah amin. Sebab orang yang membaca amin bersama aminnya malaikat, maka dia diampuni dosanya yang telah silam." (Riwayat Al Bukhari)


(7) BANGUN DARI RUKUK (Iktidal)
Rasulullah SAW bersabda : "Jika imam mengucapkan: "Sami' allahu liman hamidah’, maka berkatalah: "Allahumma rabbana lakal hamd’. Sebab, siapa yang ucapannya bertepatan dengan ucapan malaikat, maka dia di ampuni dosanya yang telah lalu." (Riwayat Bukahri)


(8) QIAMULLAIL
Sesungguhnya qiamullail adalah etika dan pekerjaan orang-orang yang baik dan bahagia. Rasululullah SAW bersabda : "Lakukanlah qiamullail. Sebab qiamullail itu tradisi orang-orang yang salih sebelum kamu dan sebagai pendekatan kepada Allah, penanggal dosa dan penghapus keburukan serta mengusir penyakit dari badan." (HR Ahmad.Tirmizi, Hakim dan Baihaqi)


(9) SOLAT TAUBAT
Rasulullah bersabda : "Jika seseorang manusia melakukan dosa (kecil) lalu dia berwuduk dengan sempurna, mendirikan solat dua rakaat kemudian memohonkan ampunan kepada Allah, maka dia diampunkan dosanya. Lalu Nabi Muhammad s.a.w.membaca ayat ini: ‘Orang-orang yang melakukan perbuatan keji atau menganiayai dirinya, kemudian mereka ingat kepada Allah, lalu meminta ampun kepada Allah…" Dia diampuni dosanya." (Ali b. Abi Talib)


AMALAN HARIAN YANG MENGHAPUSKAN DOSA


(1) SEDEKAH
Rasulullah SAW bersabda : "Takutlah kamu pada neraka!" Kemudian Nabi Muhammad SAW mundur dan memalingkan wajahnya, kemudian berkata: 'Takutlah kamu pada neraka!' Kemudian mundur dan memalingkan wajahnya tiga kali, hingga kami mengira bahawa Nabi Muhammad SAW melihat neraka. Kemudian Nabi SAW berkata: 'Takutlah kamu kepada neraka walaupun dengan sepotong kurma dan jika tidak mendapatkannya, maka cukup dengan kalimah tayyibah." (HR. Bukhari).


(2) PUASA
Rasulullah SAW bersabda : "Barang siapa berpuasa satu hari di jalan Allah, maka Allah menjauhkannya dari neraka (sejauh perjalanan) 70 tahun." (Abu Said al-Khudri).


(3) HAJI DAN UMRAH
Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa yang haji ke Baitullah (Kaabah) dan dia tidak berkata perkataan yang mencemarkan dan tidak melanggar syariat maka dia kembali seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya." (Abu Hurairah).


(4) TAWAF
Rasulullah SAW bersabda : "Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa yang tawaf tujuh kali, ia seperti memerdekakan seorang hamba. "Saya mendengar beliau berkata: 'Tidaklah seseorang meletakkan satu kaki dan mengangkat kaki yang lainnya melainkan dihapuskan satu dosa darinya dan ditulis satu kebaikan baginya." (Umar Radhiyallahu Anhu).



(5) HARI ARAFAH
Rasululllah SAW bersabda : "Tiada hari yang Allah SWT lebih banyak membebaskan manusia dari neraka selain dari hari Arafah. Sesungguhnya Allah SWT membanggakan manusia kepada para malaikat, lalu berfirman: 'Apa yang dikehendaki mereka?' (Aisyah).

Jelaslah bahawa sebenarnya banyak amalan yang boleh dilakukan untuk menghapuskan dosa yang telah kita lakukan selain dari kita memohon ampun kepada Allah SWT dan bertaubat kepada-Nya. Semua ini perlu kita ketahui agar amalan kita bukanlah suatu peniruan tingkahlaku tetapi kita amalkan kerana menuntut keredhaan Allah SWT dan ganjaran yang telah dijanjikan.


Menghapus dosa kecil
Dikirim oleh junaidi pada Ahad, 14/12/2008 - 3:28pm.
·         Agama
Soalan: Ada amal ibadat yang boleh mengkifarahkan dosa kecil sebagaimana firman-Nya bermaksud, "Kiranya kamu jauhi dosa-dosa besar yang dilarang Allah, nescaya dikifarahkan dari kamu dosa (kecil) kamu''. Manakala dosa besar tidak adakah amalan kita tertentu yang boleh mengkifarahkannya?
- Kamilah Ibrahim
Dataran Maten, Negeri Sembilan.
Jawapan: Dosa besar yang dilakukan selain dari dosa syirik dan sekutukan Allah itu semuanya boleh diampunkan dengan ibadat tertentu sahaja seperti ibadat haji yang mabrur, jihad pada jalan Allah, bertaubat nasuha dan lain-lain. Malah ada ulama yang memasukkan ibadat puasa dan haji juga dari kumpulan ibadat yang mengkifarahkan dosa besar seperti mana yang dijelas dalam hadis yang disabda oleh Rasulullah SAW bermaksud: "Haji yang mabrur itu tidak ada balasannya selain syurga" (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Oleh itu para jemaah dinasihatkan agar dapat melaksanakan ibadat haji tersebut dengan sempurna mungkin dan yang akan diterima Allah sebagai haji yang mabrur. Pertama sekali hendaklah dipatuhi segala pantang larang semasa melakukannya dengan memenuhi syarat-syarat dan rukunnya sebelum dan selepas haji tersebut.
Sedangkan dosa kecil itu, akan berguguran dengan melakukan sebarang amal kebaikan saja. Ini ditegaskan oleh Allah SWT dalam firman-Nya bermaksud, "Sesungguhnya segala amal kebajikan itu akan menghapuskan dosa-dosa (kecil) (Surah Hud ayat 114). Demikian juga dinyatakan dalam satu hadis yang bermaksud: "Siapa berwuduk dan bersembahyang dua rakaat (dengan khusyuk) yang tidak berbelah bagi hatinya dengan ingatan yang lain akan diampunkan baginya dosanya yang lalu" (Riwayat Abu Daud da Nasai). Ini kerana kata ulama dosa itu diumpamakan seperti penyakit dan ibadat itu seperti ubatnya yang tertentu. Ini dapat difahami dari hadis yang bermaksud, "Sungguhnya ada sebahagian dari dosa itu, tidak akan mengkifarahkannya oleh ibadat solat, puasa, jihad dan sebagainya".
Tetapi ianya boleh dikifarahkannya khusus oleh amal dan kerja usaha seseorang itu untuk sara hidup keluarganya sahaja (Riwayat Haithami dalam Majma'i zzawaid dan 'Al'ajaluni pada kasyful khafa'dan Tabarani dalam Auwsad, tetapi dengan sanad yang sedikit da'if). Di sini amalan hati itu sangatlah diharapkan untuk mengkifarahkan segala kesalahan hamba ini. Wallahualam.
utusan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...