JiKa KeJaHaTaN DiBaLaS KeJaHaTan, MaKa iTu aDaLaH DenDaM. JiKa KeBaiKan DiBaLas KeBaiKaN, iTu aDaLaH pErKaRa BiaSa. JiKa KeBaiKaN DiBaLaS KeJaHaTaN, iTu aDaLaH ZaLiM. TaPi JiKa KeJaHaTaN DiBaLaS KeBaiKaN, iTu aDaLah MuLia & TerPuJi....

TIME~

Calendar

ToTaL PaGeviEwS

Monday 25 April 2011

PEMBANTAHAN TENTANG KEBENARAN

Daripada Abu Said al-Khudri, ia berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Tidaklah perbantahan salah seorang daripada kalian tentang kebenaran yang menjadi haknya di dunia ini lebih keras perbantahannya daripada kaum mukmin kepada Tuhan mereka tentang saudara-saudara mereka yang dimasukkan ke dalam neraka. Mereka mengatakan, 'Wahai Tuhan kami, saudara-saudara kami dahulu solat bersama kami, puasa bersama kami dan mengerjakan haji bersama kami. Tetapi Engkau telah memasukkan mereka ke dalam neraka.'
"Allah berfirman, 'Pergilah dan keluarkan sesiapa yang kalian kenal daripada mereka.' Kemudian mereka mendatangi saudaranya dan mengenali wajah-wajah mereka. Antara mereka, ada yang telah terbakar hingga separuh kedua-dua betisnya dan ada pula yang terbakar hingga kedua-dua lututnya. Mereka pun mengeluarkannya lalu berkata: 'Wahai Tuhan kami, kami telah mengeluarkan siapa yang Engkau perintahkan kepada kami.'
"Allah berfirman: "Keluarkan sesiapa yang dalam hatinya terdapat iman walau seberat satu dinar.' Kemudian Allah berfirman lagi: 'Siapa yang dalam hatinya terdapat iman seberat setengah dinar?' Hingga firman-Nya: ' Siapa yang di dalam hatinya terdapat seberat zarah (keimanan)."
(Riwayat al-Nasa'i dan Ibn Majah)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...