JiKa KeJaHaTaN DiBaLaS KeJaHaTan, MaKa iTu aDaLaH DenDaM. JiKa KeBaiKan DiBaLas KeBaiKaN, iTu aDaLaH pErKaRa BiaSa. JiKa KeBaiKaN DiBaLaS KeJaHaTaN, iTu aDaLaH ZaLiM. TaPi JiKa KeJaHaTaN DiBaLaS KeBaiKaN, iTu aDaLah MuLia & TerPuJi....

TIME~

Calendar

ToTaL PaGeviEwS

Friday 8 April 2011

NAJIS MUGHALLAZAH

tukor mimbor(salah faham dlam istilah)


istilah dalam menyucikan najis mughallazah... ( najis anjing dan babi)

SAMAK???basuh 7 kali dengan 1 antaranya air tanah???atau sertu???mana satu ni????

SAMAK
1. Samak ialah menyucikan sesuatu daripada kulit binatang dengan menggunakan bahan-bahan yang bersifat tajam (peluntur) seperti tawas, bahan kimia dan sebagainya.
2. Bahan-bahan tersebut dapat menanggalkan dan menghilangkan semua kekotoran dan lendir yang mengandungi kuman­kuman penyakit yang melekat pada kulit binatang tersebut.

Sabda Rasulullah S.A.W.:
Maksudnya: Setiap kulit yang disamak menjadi bersih. (Riwayat Muslim)
SERTU
1. Sertu ialah menyucikan sesuatu daripada najis mughalazah iaitu anjing, babi dan keturunannya.
2. Najis Mughalazah hendaklah disuci dengan membasuhnya menggunakan air mutlak sebanyak enam kali

(ramai orang pada hari ini menggunakan istilah SAMAK dalam memperkatakan berkenaan hal menyucikan najis mughallazah(najis anjing dan babi,walhal sebenarnya..perkataan/istilah yang sebenarnya adalah SERTU....)


MUHRIM DAN MAHRAM.....ada beza ker????raser2 mcam sama jer????

Muhrim~ adalah perkataan Arab. Ia membawa maksud orang yang sedang melakukan ihram haji ataupun umrah.
Orang ini dilarang melakukan beberapa perkara sepanjang menunaikan kedua-dua ibadat ini sebagaimana yang
banyak didperkatakan di dalam kitab-kitab feqah.

Mahram~ pula bermaksud orang yang haram berkahwin dengan kita seperti adik kita, emak mertua kita dan lain-lain.

Ramai orang silap memahami penggunaan perkataan antara muhrim dan mahram. Kadang-kadang mereka mahu
menyebut mahram tetapi mereka tersebut perkataan muhrim.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...