Ketika peristiwa Isra' Mi'raj, Nabi Muhammad s.a.w berjumpa dengan Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s berpesan kepada Nabi Muhammad s.a.w; "Perintahkanlah umat Tuan supaya memperbanyak tanaman dalam syurga, kerana tanahnya subur lagi luas buminya."
Nabi Muhammad s.a.w bertanya, "Apakah tanaman syurga itu?"
"Iaitu ucapan: La hawla wa la quwwata illa billahil a'liyyil adzim (Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi dan Agung.)"
Dalam suatu riwayatnya yang lain diterangkan bahawa tanaman syurga ialah: Subhanallah walhamdulillah wa laailahaillallah wallahu akbar. (Maha suci Allah, segenap puji bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar).
: dipetik daripada buku Nabi Muhammad Diundang Menemui Allah, oleh M.Abdai Rathomy.
No comments:
Post a Comment